Taib Lebih suka Diam diri beb! hahahaha

Wei sarawakian! ada mata ke buta? ada telinga ke pekak woo?? ke lu orang suka wa kawin satow lagi?? kahkahkah... weh,. wa nak bolot sarawak tuh sampai 7 keturunan.. semua wa nak kuasai.. lu orang pembangkang bole diam ka? kahkahkah... sokong lah BN kerana BN lebih diam dari DAP.. tapi lu orang boleh pikir sendiri la kan.. bukan budak tadika lagi der... hakkk..cuiihhh! menyampah tengok gambar dibawah tuh!
wei DAP lu bising ar.. kahkahkah.. kalo boleh wa nak bolot sarawak ni habis wei.. DAP lu dian ok ni PRU13 nanti. kahkahkah Nanti Bekir ganti wa lo.. itu Jabu/Masing tolek tepi ma...

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak perlu memberikan restu kepada anak sulung lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, yang membayangkan minatnya untuk bertanding di kerusi parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya umum akan datang.

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) berkata terpulanglah kepada Bekir, yang kini adalah timbalan pengerusi Cahya Mata Sarawak (CMS), untuk menentukan masa depan politik beliau.

"Beliau boleh berkhidmat dalam banyak kapasiti. Saya tidak boleh menentukan masa depan karier anak-anak saya tetapi mereka perlu bekerja keras dalam arah yang mereka pilih dan mengenali lebih ramai orang," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar di Demak Height di Kuching malam tadi.

Taib berkata beliau menawarkan Bekir peluang untuk menggantikan beliau sebagai ADUN Muara Tuang, 10 tahun lalu tetapi beliau menolaknya.

"Jadi, biarlah beliau menukar fikirannya dan lihat betapa seriusnya beliau," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Bekir baru-baru ini bahawa beliau berminat menggantikan adik lelakinya, anggota parlimen Kota Samarahan Datuk Seri Sulaiman Taib, yang berhasrat untuk mengundurkan diri.

NONEPada Selasa lalu, Bekir yang menjadi anggota PBB cawangan Kuching sejak beliau berumur 19 tahun, telah mengumumkan minatnya dalam politik tetapi ketua menteri itu belum membayangkan apa-apa kepada beliau.

Sulaiman adalah antara beberapa anggota parlimen daripada parti tulang belakang campuran BN negeri itu diramal tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bertanding di kerusi Kota Samarahan pada pilihan raya umum lalu nuntuk menggantikan Taib.

Pada pilihan raya umum 2008, PBB menang semua 14 kerusi yang ditandingi sementara parti komponen BN lain - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam), SUPP (lima) dan Parti Demokratik Maju Sarawak (SPDP) (empat).

- Bernama 

Tiada ulasan: